Tuesday, June 14, 2011

cuti ini

untuk sem kali ini, kami bercuti selama 4BULAN.. dengar memang syok kan tapi bila dah alami sendiri tu memang lah membosankan sikit..sikit jela,awal awal nak cuti sem hari tu memang lah macam macam plan yang nak dibuat dan yang paling penting sekali, rancang untuk dapat anak.ehhhhh silap! rancang nak bekerja sambil cari pengalaman dan wang ringgit semestinya ;p bukan ape..cuma takna susahkan mak bapak bila dewasa kelak,yelahh nak bayar duit sewa rumah bukan sikit..walaupun duit sewa rumah kitorang ni dah kira murah kat kawasan tu tapi still mahal ape..bukan senang nak dapat duit tawwww..tapi apa kan daya kawan..kita hanya layak merancang tapi ALLAH yang layak dan berhak menentukan...planning dah sehabis baik dah ni tapi planning ALLAH adalah yang terbaik... sempat lah juga pergi interview untuk dapat kerja kat salah satu kilang yang perlu dirahsiakan ni tapi sempat kerja 3 hari je pastu choww sebab takuuttt..pengecut betol..mula mula malu jugak nak call mak nak bagitau yang nak berenti kerja tapi..rupa rupanya mak pun sebenarnya berat hati nak bagi kerja..so,jangan derhaka..baik berhenti HAHA alasan...selang beberapa hari mak carikan kerja jadi cashier kat body shop untuk aku..alasan yang mak bagi untuk kerja dekat situ sebab dekat dengan pejabat die jadi boleh enjoy lunch dan pergi kerja dengan bapak sama sama..tapi apakan daya sekali lagi...sejam sebelum nak pergi kerja tu mak cakap mak risau lagi sebab banyak kes simbah simbah asid ni..alamakkkkkk sekali lagi tak jadi kerja.mula mula berat hati juga la,ikutkan hati ni nak je cakap dengan mak yang aku nak jugak kerja dekat situ.. tapi segala kemahuan mak aku kenalah ikut kan...jadi sekali lagi TAK JADI ::)

.........

segala yang berlaku pasti ada hikmahnya bukan :)

selang beberapa hari maktok aku jatuh sakit dan dibawa ke hospital lalu dimasukkan ke icu, jadi disebabkan aku je cucu dia yang bercuti jadi aku lah yang kena jaga maktok dekat hospital..alhamdulillah kerja aku sekarang ni adalah nurse sementara yang tidak bertauliah...kire ok lah tu kan...tak dapat duit pun takpa lah..asalkan boleh la berbakti pada maktok yang tersayang ni...dan alhamdulillah kesihatan maktok semakin baik dan maktok pun dah berpindah ke wad biasa dan aku tetap juga berkampung di hospital ini :) 
dah masuk dalam hospital ni takyah cakap lah kannnn..memang kalau yang tak sakit tu boleh sakit hati tengok pesakit pesakit yang banyak kerenah ni aduhhhh sakit hati aku dibuatnya. HAHA tapi takpelahh perkara biasa lah tu..orang dah sakit kan..nak buat camne...

dan aku sangat respect dan tabik springgg dekat doktor doktor dan nurse dekat hospital ni......memang terbaiklah diorang ni..memang lah kadang kadang ada yang sesetengah nurse ni garang dan moody sikit tapi aku perlu berasa respect dekat diorang ni yang sanggup melayan pesakit,bersihkan kotoran kotorang dekat badan pesakit lepastu tak duduk diam lak tu...tak pernah pulak setakat ni aku nampak nurse goyang kaki sambil makan kerepek pisang dekat wad..semuanya bekerja keras demi menjalankan tugass mereka ni..bagusss,tapi ade jugak lah nurse yang suka buat muka pastu bad mood dan marah marah tapi lantak diorang lah..malas nak layan..sayangg nurse..heee 


gambar yang sempat di tangkap di kilang bersama rakan seperjuangan.ain dengan yanie sampai sekarang masih bekerja...bestnya diorang :)



kaki minah kilanggg ;p

No comments:

Post a Comment