Sunday, May 30, 2010

hari hari

seperti biasa,pagi aku bermula dengan senaman telinga yang sangat praktikal. iaitu,suara mak utk kejut aku bangun dari tido.disebabkan aku adalah seorang anak yang sangat susah nak bangun tido,inilah padahnya..
kadang kadang mak menggunakan kekerasan,kalau kat tepi aku 2 ada hanger,maka hanger lah habuannya,kalau ada laptop kat tepi aku,laptop lah habuannya..tapi tak pernah kena lagi laa.ahaha.ternyata mak sangat penyabar kalau nak dibandingkan dengan aku..
kalau aku ade anak yang macam aku..dah lame aku kejut anak aku dengan hon lori,bas atau lebih senang lagi kenderaan berat..;p nahas lah anak aku.haha

lepas bertarung nyawa utk bangun pagi,aku kena lak teman bapak antar mak pegi pejabat.sejurus selepas itu,pegi teman bapak(sekali lagi) jogging di taman tasik perdana .
ohh,anak yang solehah gak aku ni.ahaha.tidak ketinggalan aku juga turut serta....

habis je satu pusingan taman tasik tu,aku terus bergegas ke kereta dan gerak untuk menikmati juadah sarapan pagi .kebiasaannya di kampung baru..dah selesai sarapan..balik laa.ape lagi;p

sampai je kat rumah bermula lah tugas aku sebagai seorang nurse yang tak bertauliah..kena jaga maktok pulak.bersihkan tempat tidurnyaa,masak untuknya,buang ape yang tak patut di biliknya dan sebagainya..
begitu juga dengan hari hari berikutnya..
best sebernanya duduk kat rumah ni..tapi,,,,,,,yang boleh jadi boring bila hari hari kita buat benda yang sama...tapi,xpeee....;p yang penting semua sehat yee.aminnn;)



"hah,lihatlah....betapa sihatnya saya...setiap hari bersenam sehingga timbul muscle tau...korang ade ke?"kata muhammad.



No comments:

Post a Comment